Powered By Blogger

Jumaat, 15 Oktober 2010

Tentang alam.

Disuatu ketika pagi itu,
fajar hanya baru sejengkal membuka tirai..
hembusan lembut bayu pagi didesa..
mengukir senyuman ketenangan..
kicauan burung berterbangan keseronokan,
memecah kesunyian pagi..
jauh berbeza berbanding di kotaraya..
disaat ini..
baru aku sedar akan keindahan..
tahap nirvana khazanah alam..

ironinya..
ketika kita sedang leka mengejar pembangunan..
ketika negara sedang rakus mengejar permodenan..
kita lupa dan alpa!
pencemaran air yang menghapus kehidupan akuatik,
pencemaran udara yang meragut kesegaran oksigen..
telah membawa 1001 masalah..
kepada alam semesta!!!

kita tidak sedar..
bumi sedang sakit ketika ini..
kepada siapa yang harus dipersalahkan..
ketika berlakunya bencana alam..
pencemaran sungai..
masalah suhu pemanasan global,
berfaktorkan penipisan global!
berpuncakan sikap manusia..!

bangkitlah rakyat malaysia..
masih belum terlambat untuk kita..
memelihara khazanah alam!
berkonsepkan bumi hijau..
melindungi lapisan ozon..
dan kehidupan flora dan fauna..
masih dapat dikekalkan,
keindahan alam semesta..
kepada jenerasi akan datang.

ingatlah,
bahawa alam ini adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya..
alam ini..
anugerah tuhan yang sangat istimewa..
keindahannya..
mencerminkan keperibadian manusia..

14 ulasan:

  1. salam..
    sajak ini sesuai dideklamasikan untuk pertndingan puisi bertemakan alam sekitar...

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...sajak yg menarik mohon share utk kegunaan pengajaran di sekolah saya

    BalasPadam
  3. Salam mohon share sajak ni utk dijadikan sebahagian daripada program sy .tq

    BalasPadam
  4. Salam.. mohon jugk share kerana sajak ini boleh jugk digunakan untk membuat lagu.... thank you.. :)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, saya mohon untuk share untuk pembentangan lisan saya disekolah. Saya harap boleh.. Terima kasih :)

    BalasPadam
  6. Hahahh saya kena cipta sajak sendiri, esok nak hantar.

    BalasPadam
  7. Sis, saya sdg tulis novel ttg alam sekitar. So nak minta izin untuk masukkan sajak ni dalm novel saya. Saya akn declare dlm novel tu yg saya dpt sajak ni drp nornafishahblogspotcom.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Salam. Saya owner blog ni.
    Blog ni dah tak aktif. Tapi saya ada blog baru. Terima kasih semua sebab suka dengan nukilan ni. Saya izinkan semua untuk guna...

    BalasPadam
  9. Mmg terbaik..sgt mnyntuh hti yg mmbacanya..

    BalasPadam
  10. terima kasih.. saya mohon share.

    BalasPadam
  11. assalamualaikum ada sajak bertemakan 'bumi',tak?








    BalasPadam