Powered By Blogger

Ahad, 26 September 2010

Koleksi puisi: Bumi Palestin

Koleksi puisi: Bumi Palestin: "palestin, tanah berdebu di asia tengah, kau dihimpit keganasan zionis! si perampas durjana.. usah kau menangis kerana esak tangismu tidak di..."

Bumi Palestin

palestin,
tanah berdebu di asia tengah,
kau dihimpit keganasan zionis!
si perampas durjana..
usah kau menangis kerana esak tangismu tidak didengar manusia!!
biar hancur lumat bumi anbia..
menjadi debu berterbangan..
meski bumi al aqsa merah menyala dijilat neraka!!!
biarpun hujan peluru tidak pernah berhenti...
namun semangatmu lebih kental dari israel..
genggaman tanganmu  lebih  kuat dari zionis...!!

palestin..
pilunya hati kami melihat
anak kecil yang tidak berdosa...
dibunuh kejam..!!
menggigil tangan anak kecil itu!
menahan kesakitan...
berjurai air mata si ibu meratapi kematian anak tercinta...
langit yang mendung,
seakan bersedih dengan keganasan!!
ya Allah!!!!
kau lindungilah mereka yang tidak berdosa...
kau peliharalah anak-anak kecil yang belum mengenal erti kehidupan...

palestin..
menitis air mata kami,
melihatkan rakyatmu bermandikan darah...
mengalir air mata kami...
melihat ketabahan pejuang islamiah,
walau ajal seakan tiba...

palestin...
kami sentiasa menadah tangan!
berdoa kepada yang maha kuasa...
lindungilah setiap inci dunia suburmu...
angkasa, dan laut mu...

* sajak ini ciptaan nornafishah sendiri...
dan dideklamasikan didalam satu pertandingan...*

hayatilah... dan komen....