Powered By Blogger

Jumaat, 15 Oktober 2010

Tentang alam.

Disuatu ketika pagi itu,
fajar hanya baru sejengkal membuka tirai..
hembusan lembut bayu pagi didesa..
mengukir senyuman ketenangan..
kicauan burung berterbangan keseronokan,
memecah kesunyian pagi..
jauh berbeza berbanding di kotaraya..
disaat ini..
baru aku sedar akan keindahan..
tahap nirvana khazanah alam..

ironinya..
ketika kita sedang leka mengejar pembangunan..
ketika negara sedang rakus mengejar permodenan..
kita lupa dan alpa!
pencemaran air yang menghapus kehidupan akuatik,
pencemaran udara yang meragut kesegaran oksigen..
telah membawa 1001 masalah..
kepada alam semesta!!!

kita tidak sedar..
bumi sedang sakit ketika ini..
kepada siapa yang harus dipersalahkan..
ketika berlakunya bencana alam..
pencemaran sungai..
masalah suhu pemanasan global,
berfaktorkan penipisan global!
berpuncakan sikap manusia..!

bangkitlah rakyat malaysia..
masih belum terlambat untuk kita..
memelihara khazanah alam!
berkonsepkan bumi hijau..
melindungi lapisan ozon..
dan kehidupan flora dan fauna..
masih dapat dikekalkan,
keindahan alam semesta..
kepada jenerasi akan datang.

ingatlah,
bahawa alam ini adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya..
alam ini..
anugerah tuhan yang sangat istimewa..
keindahannya..
mencerminkan keperibadian manusia..